Data Tumbuhan

Serai Wangi (Cymbopogon nardus)

Serai Wangi/ Citronella Grass
(Cymbopogon nardus)
POACEAE
  • Tanaman dari keluarga rumput seperti serai makan.
  • Mempunyai rimbunan daun yang lebat dan mengeluarkan aroma yang kuat.
  • Ditanam secara komersial untuk mendapatkan daunnya bagi menghasilkan minyak pati (citronella oil).
  • Minyak pati citronella mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol.
  • Selain digunakan dalam penghasilan produk bagi industri sabun dan minyak wangi, ia turut menjadi bahan dasar dalam penghasilan ubat batuk, ubat gigi, dan pencuci mulut.
  • Secara tradisional, serai wangi digunakan untuk menghasilkan minyak urut bagi merawat masalah kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.
  • Ia juga digunakan untuk menghalau serangga seperti lalat, lipas dan semut.

Rujukan Herba:

No comments: