Data Tumbuhan

Lemba (Curculigo latifolia)


Lemba
Curculigo latifolia
AMARYLLIDACEAE/ HYPOXIDACEAE
  • Juga dikenali sebagai Lumbah, Lembah, Sweet Seed Plant, Molineria latifolia, nyiur puyuh, nyiur lembir, pinang puyuh, lumbah rimba, lumbah padi.
  • Tumbuhan herba yang tumbuh liar secara berumpun di kawasan yang bersaliran baik dan separa teduh. 
  • Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur.
  • Saiz daun yang matang berukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar.
  • Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya. 
  • Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempunyai banyak urat daun pada permukaannya. 
  • Tangkainya panjang (30-32cm). 
  • Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok. 
  • Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dengan warna kuning terang. 
  • Buahnya berbentuk beri, berwarna putih dan menjadi hitam apabila matang. 
  • Buahnya berasa manis bila dimakan dan kekal terasa manis di lidah walaupun memakan makanan lain. 
  • Secara tradisional digunakan sebagai tonik perut, merawat demam, melawaskan buang air kecil, afrosidiak , merawat mati pucuk, dan mengurangkan sengal-sengal badan serta beberapa masalah dada dan paru-paru. 
  • Mempunyai kesan antimikrob, antitumor dan menurunkan tekanan darah.
Rujukan Herba:

Gelenggang Besar (Cassia alata)

Gelenggang Besar / Candle Bush
(Cassia alata)
FABACEAE 
  • Merupakan tumbuhan semak dan liar dengan ketinggian 3-4m. 
  • Mudah ditemui di kawasan lembap dan berpaya
  • Mempunyai jangka hayat yang pendek. 
  • Gelenggang besar dikenali melalui bunganya yang berwarna kuning terang dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum kembang. 
  • Tekstur daunnya kasar dan tertutup bila malam. 
  • Buahnya seperti kekacang, berwarna hijau waktu muda dan coklat kehitaman bila tua. 
  • Turut dikenali sebagai Daun Kurap, Daun Kupang, Ketepeng Cina / Ketepeng Badak (Indonesia), Candle Bush (English), Ringworm Bush (Australia) Acapulco, Wild Senna.


Berdasarkan kajian, tumbuhan ini terutama bahagian daun dan batangnya mempunyai sifat antibakteria, antifungal, antimikrob, diuretik, pencahar/ julap (laxative), analgesik dan koleretik (choleretic). Tumbuhan ini masih dalam kajian klinikal bagi memaksimumkan penggunaan ekstraknya secara efektif. Daun gelenggang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional khususnya bagi merawat kulit bermasalah seperti kudis, kurap, kayap, panau dan jangkitan kulat. Ia juga digunakan bagi merawat masalah sembelit, disengat serangga berbisa (tetapi tidak mampu menjadi penawar bisa kala jengking dan ular), sebagai ubat cacing serta beberapa penyakit lain. Penggunaannya bagi rawatan dalaman perlu diawasi oleh pengamal perubatan dan tidak sesuai untuk golongan tertentu. 

Kajian mengenai Gelenggang Besar :
Oke... Sekarang cerita hal kerja kami... Mula-mula cari daun gelenggang,.. Berapa kali entah ulang alik... Kesian juga tengok...

Yang di rumah pula? Menyelesaikan daun gelenggang... Daun diasingkan dari pelepah.. kalau nak campur pelepah pun boleh tapi kualiti kurang la.. Masa ni juga kena buang daun yang rosak, sampah-sarap... Kami menjaga kualiti.. Bukan kuantiti yang penting... 

Mama tekun menyelesaikan daun...

Lepas leraikan daun dari pelepah, jemur kejap di tengah panas atas meja dan buang kotoran-kotoran yang dapat kitorang lihat.. Kemudian bawa ke Melaka sebab kami sewa mesin pengering di  sana memandangkan Negeri Sembilan kami tak kenal siapa yang ada mesin pengering herba dan menerima tempahan untuk tumpang keringkan daun... =) Rumah pengering kami kapasiti kecil dan tak dapat nak keringkan dengan cepat.. ambil masa dalam seminggu dua.. apalagi sekarang hujan setiap petang di sini. Tu yang kena guna mesin.. Mudah-mudahan kami dapat memiliki mesin pengering suatu hari nanti.. Amin...

Alhamdulillah.. semalam (3 April 2010) da hantar. ke lokasinya. Tapi tak cukup pulak.. Kuantiti target 100 kg daun gelenggang kering.. Disebabkan kami tak pernah buat.. Ingatkan daun basah dah mencukupi untuk cecah 100 kg kering.. Sekali dapat... ngee~ 34 kg jer.. Nasib baik diterima sebab kualiti terbaik.. Alhamdulillah... Nisbah basah: kering untuk daun gelenggang 3 kg jadi 1 kg,.. Kira oke la tu,... Biasa pegaga 5 kg jadi 1 kg.. Lagi ringan... Pengalaman.. pengalaman.. Alhamdulillah.. =)

Ashwagandha (Withania somnifera)


Ashwagandha
(Withania somnifera)
SOLANACEAE
  • Juga dikenali sebagai Indian Ginseng, Winter Cherry, Ajagandha, Kanaje Hindi dan Samn Al-Ferakh.
  • Tergolong dalam keluarga yang sama dengan cili, tomato dan terung.
  • Ditanam secara komersial di Madhya Pradesh, India.
  • Merupakan herba penting dalam perubatan Ayurveda.
  • Buahnya berbentuk seperti beri kecil, berwarna merah.
  • Daun, buah dan biji benih tumbuhan herba dari India ini digunakan untuk merawat penyakit nyanyuk, perangsang syahwat (aphrodisiac), kesuburan dan diuretik.
  • Juga berfungsi untuk mengembalikan kecergasan dan anti-stress.
  • Kesan pengambilan herba ini akan membuat pesakit berasa mengantuk dan menjadi sangat segar selepas tidur seketika.
Rujukan Herba: