Data Tumbuhan

Lemba (Curculigo latifolia)


Lemba
Curculigo latifolia
AMARYLLIDACEAE/ HYPOXIDACEAE
  • Juga dikenali sebagai Lumbah, Lembah, Sweet Seed Plant, Molineria latifolia, nyiur puyuh, nyiur lembir, pinang puyuh, lumbah rimba, lumbah padi.
  • Tumbuhan herba yang tumbuh liar secara berumpun di kawasan yang bersaliran baik dan separa teduh. 
  • Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur.
  • Saiz daun yang matang berukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar.
  • Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya. 
  • Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempunyai banyak urat daun pada permukaannya. 
  • Tangkainya panjang (30-32cm). 
  • Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok. 
  • Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dengan warna kuning terang. 
  • Buahnya berbentuk beri, berwarna putih dan menjadi hitam apabila matang. 
  • Buahnya berasa manis bila dimakan dan kekal terasa manis di lidah walaupun memakan makanan lain. 
  • Secara tradisional digunakan sebagai tonik perut, merawat demam, melawaskan buang air kecil, afrosidiak , merawat mati pucuk, dan mengurangkan sengal-sengal badan serta beberapa masalah dada dan paru-paru. 
  • Mempunyai kesan antimikrob, antitumor dan menurunkan tekanan darah.
Rujukan Herba: