Data Tumbuhan

Teh Afrika (Vernonia amygdalina)

 Teh Afrika  
 (Vernonia amygdalina
 ASTERACEAE

  • Turut dikenali dengan nama Pokok Bismillah, Daun Pahit, Bitter Leaf, Vernonia Bitter Tree.
  • Herba jenis batang berkayu dengan ketinggian mencapai 7 m.
  • Daunnya berasa pahit dan dimakan sebagai ulam atau dimasak sup.
  • Menghasilkan bunga kecil berwarna putih kekuningan.
  • Secara tradisional, masyarakat di kebanyakan tempat mengambil air rebusan daun herba ini dalam dos tertentu sebagai tonik, menambah selera makan, merawat demam, masalah parasit, kulit, jantung dan darah tinggi.
  • Tahan lasak dan mudah dibiakkan dengan keratan batang.
  • Hidup subur di kawasan bersaliran baik.
  • Kini, terdapat banyak rekod kajian yang menyokong penggunaan herba ini sebagai amalan makanan tambahan.
  • Ekstrak tumbuhan ini dikatakan mampu memperlahankan pertumbuhan sel kanser serta meningkatkan sistem imunisasi badan manusia.
Rujukan Herba :

No comments: