Data Tumbuhan

Pudina Peppermint (Mentha x piperata)

Pudina Peppermint
(Mentha x piperata)
LAMIACEAE/ LABIATAE

Nota/ artikel mengenai tumbuhan ini :

Pudina Peppermint (Mentha x piperata)


  • Gambar tumbuhan : http://serisubuh.blogspot.com/2012/09/pudina-peppermint-mentah-x-piperata.html
  • Mempunyai batang dan daun berurat merah keunguan.
  • Merupakan spesies pudina hibrid gabungan daripada dua spesies pudina berbeza.
  • Tidak menghasilkan biji benih dan hanya dibiakkan dengan kaedah vegetatif. 
  • Hidup dengan baik dibawah sinaran matahari separa teduh dengan tanah bersaliran baik dan memegang kelembapan namun tidak pula menakung air.
Perbandingan Spesies Pudina dari laman Genting Garden:
Gambar dari:  http://www.gentinggarden.com.my/garden/herbs/mints.html

Rujukan Kegunaan: 
  • http://www.umm.edu/altmed/articles/peppermint-000269.htm
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Peppermint

Kemangi Putih (Ocimum sanctum)

Kemangi Putih
(Ocimum sanctum)
LABIATAE/ LAMIACEAE

Kemangi Putih (Ocimum sanctum)


  • Seluruh bahagian tumbuhan dan baunya kelihatan serupa dengan kemangi hitam (Ocimum tenuiflorum).
  • Gambar tumbuhan : http://serisubuh.blogspot.com/2012/09/kemangi-putih-ocimum-sanctum.html
  • Dapat dibezakan dengan kemangi hitam/ tulsi melalui :
    • warna daun : kemangi hitam mempunyai daun hijau keunguan.
    • batangnya : batang kemangi putih tidak berwarna ungu gelap. 
    • rasa : kurang pedas berbanding kemangi hitam. 
  • Turut dikenali dengan nama ruku-ruku, selasih putih.
  • Mempunyai daun hijau bergerigi dengan hujung membulat.
  • Menghasilkan bunga dan biji benih sepanjang tahun. 
    • Hidup dengan baik di tanah bersaliran baik yang menerima sinaran penuh matahari.
    • Merimbun jika kerap dicantas. 
    • Pembiakan : Biji benih dan keratan.
    • Jarang digunakan dalam upacara keagamaan seperti kemangi hitam namun tetap digunakan dalam masakan masyarakat tertentu.
    • Turut mempunyai nilai perubatan sepertimana ahli keluarga LABIATAE yang lain seperti kemangi hitam, kemangi hijau, selasih, pudina dan nilam. 
    Rujukan :

    Selom (Oenanthe javanica)

    Selom/ Java Dropwort
    (Oenanthe javanica)
    UMBELLIFERAE

    Nota mengenai tumbuhan ini :

    Selom (Oenanthe javanica)


  • Turut dikenali dengan nama Pelampung, Piopo, Water Celery, Seri, Silom, Water Parsley,  Shui Qin .
  • Gambar tumbuhan : http://serisubuh.blogspot.com/2012/09/selom-oenanthe-javanica.html
  • Diambil sebagai ulam seperti pegaga dan ulam raja atau dicicah bersama cencaluk, budu dll.
  • Hidup dengan baik di kawasan lembap dan berair.
  • Daunnya berbau harum dan rangup bila dimakan.
  • Mengeluarkan jambakan bunga bersaiz kecil, berwarna putih pada bahagian pucuk batang.
  • Batang selom beruas dan berongga.
  • Tumbuh tegak dari batang yang merayap secara mendatar.
  • Selom dikatakan baik untuk membersihkan kandungan toksik di dalam darah.
  • Secara tradisional, daun dan batang selom dihancurkan dan dipupuk pada kawasan kulit luaran yang terkena bisul, digigit kuda, ular, kala jengking dan mengurangkan rasa sakit akibat pembengkakan.
  • Terdapat beberapa spesies seakan selom yang tidak selamat untuk dimakan. 
  • Spesies yang mengandungi toksik dikatakan mempunyai daun berwarna merah. 
  • Cuba Teka.. Apakah Ia

    Pokok apakah ini jika anda tahu... :)

    Ini rupa bebawang/ ubinya...

     Ini pula rupa bunganya....